Semasa

"Sikap Ude Buat Saya Tidak Mampu Menolak.." - Izreen Azminda Dedah Mengapa Terpikat Dengan Ude

 
Pelakon cantik, Izreen Azminda kini sudah diketahui menjadi isteri kedua kepada pemuzik bebas bernama Ude se­men­jak 8 Ogos lalu dalam satu perkah­winan tertutup di Damansara.

Berwalikan bapanya sendiri, Mohammad Aznam Mohd Noor, hanya dengan sekali lafaz Izreen sah menjadi isteri Ude.

Keputusan berkahwin buat kali kedua ini telah dibuat setelah Izreen bercerai tiga tahun dengan suami pertamanya seorang jurugambar bernama, Riza Baharuddin.

Sebenarnya Izreen tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan suami orang atau hidup bermadu.

Oleh itu ramai tertanya kenapa memilih Ude sebagai suami dan sanggup menjadi isteri kedua.

Menerusi temubual bersama portal Utusan, Izreen mendedahkan mengapa dia berkahwin dengan Ude.

Ini komen Izreen Azaminda:

"Kenapa dia? Kenapa Ude, suami orang yang dipilih? Saya sendiri tidak punya jawapan"

"Cuma, orang kata apabila kita cinta, kita akan sanggup buat apa sahaja. Dan saya fikir kerana kesanggupan itulah saya memilih untuk menjadi isteri ke-duanya dalam usia kami yang masih muda.

"Betul sekali apa yang diperkatakan oleh isteri pertamanya (Intan Liana Salleh), Ude memang seorang yang bertanggungjawab.

"Dengan anak-anak, dengan keluarga semua, dia sangat ikhlas. Mungkin sikap baik Ude membuatkan saya tidak mampu untuk menolak takdir ini dan akhirnya memilih untuk hidup dengan seorang lelaki yang sudah pun mempunyai isteri sebelum ini. Demikian hebatnya kuasa cinta"

Kemudiannya Izreen mendedahkan, Ude mampu 'membeli' jiwanya dan juga anaknya yang membuatkan hatinya terbuka untuk berkahwin walaupun sebagai isteri kedua.

Ini pendedahan Izreen Azminda:

"Benda pertama adalah, dia boleh beli jiwa saya dan anak saya. Saya dikenali sebagai artis yang bukan mengejar wang ringgit dan saya tak kisah akan soal itu. Pada saya, harta dan wang ringgit boleh sama-sama mencari, tetapi kasih sayang itu mahal harganya.

"Ude mampu membeli jiwa kami sehingga saya terbuka hati untuk kembali ada suami, setelah 3 tahun hidup bersendirian. Walaupun saya reda dengan takdir terpaksa berkongsi hidup dengan wanita lain, saya anggap ini akan pengorbanan untuk mempertahankan cinta kami juga.

"Sifat kebapaan terserlah dalam diri dia. Itu buat kami sayang, suka sangat dengan dia dan setuju untuk berkahwin dengan dia walaupun tahu dia adalah suami orang dan sudah ada dua anak. Pada saya, ini adalah takdir saya dan kena hadap meskipun orang akan mengata macam-macam. Sampai masa, orang akan senyap dan kita akan teruskan hidup macam biasa sahaja mengikut cara kita"

Itulah penjelasan dari Izreen Azminda tentang suaminya Ude.

Buat masa sekarang isu ini masih lagi panas dan Izreen masih lagi dikritik kerana berkahwin dengan suami orang.

Izreen Azminda terpaksa menutup ruang komen di laman sosialnya, untuk mengelakkan komen negatif yang mampu membuat perkara ni menjadi lebih buruk.

Sumber: Utusan

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.