Semasa

Trump Beri Maklumat RISIKAN. Ini Tindakan BALAS Putin Yang Buat Ramai WOW

Trump Beri Maklumat RISIKAN. Ini Tindakan BALAS Putin Yang Buat Ramai WOW | Saya Luv Islam – Ketika hubungan Amerika dan Rusia masih dingin, Trump tiba-tiba bagi maklumat risikan yang sangat berharga kepada Putin. Tindakan balas Putin buat ramai respek. Jom baca dan kongsikan.

RISIKAN SERANGAN BOM DI ST PETERSBURG

Amerika Syarikat menyalurkan maklumat risikan kepada Russia yang membantu menggagalkan serangan bom di St Petersburg, kata beberapa pegawai kedua-dua negara semalam, dalam kerjasama jarang berlaku, walaupun hubungan kedua-dua negara tegang ketika ini.

Presiden Russia, Vladimir Putin menghubungi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam untuk mengucapkan terima kasih di atas maklumat itu, dengan Kremlin menyifatkan ia membantu menggagalkan serangan bom penggganas terhadap sebuah gereja besar di bandar Russia terbabit dan beberapa tempat lain.

Rumah Putih tidak mendedahkan perincian mengenai rancangan serangan itu, namun katanya, serangan terbabit mungkin akan mengakibatkan ramai korban. Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak menyatakan identiti penyerang.

Amaran Amerika Syarikat membolehkan agensi penguat kuasa Russia menahan beberapa suspek sebelum dapat melaksanakan rancangan mereka, kata Rumah Putih dan Kremlin.

TURUT BINCANG ISU NUKLEAR KOREA UTARA

Presiden Russia, Vladimir Putin, semalam turut menghubungi rakan sejawatannya, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi membincangkan krisis program nuklear Korea Utara, kata Kremlin.

Katanya, kedua-dua pemimpin berkenaan membincangkan situasi beberapa zon krisis dengan memfokuskan penyelesaian terhadap isu nuklear di semenanjung Korea.

Minggu ini, Washington berkata pihaknya bersedia berbincang dengan Korea Utara yang sejak kebelakangan ini melancarkan beberapa peluru berpandu balistik antara benua.

Setiausaha Negara AS Rex Tillerson berkata, sementara pentadbiran Trump memaksa Pyongyang menghentikan program senjata nuklearnya, pihaknya bersedia ‘mengadakan mesyuarat pertama tanpa prasyarat’.

Putin ketika dalam sidang media tahunannya dengan dihadiri beratus wartawan di Moscow, semalam mengalu-alukan ‘kesedaran mengenai realiti’ AS terhadap krisis itu.

Bagaimanapun, beliau menggesa semua pihak ‘berhenti mengeruhkan keadaan’ dan berkata Moscow tidak mengiktiraf Korea Utara sebagai kuasa nuklear.

Sumber : Berita Harian

The post Trump Beri Maklumat RISIKAN. Ini Tindakan BALAS Putin Yang Buat Ramai WOW appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.