Semasa

(VIDEO) Iqram Dinzly Naik Angin, Mengamuk Teruk... Habis Semua Kena Hamun



Nampaknya kisah melibatkan pelakon Iqram Dinzly masih lagi belum berakhir.

Iqram Dinzly kini sedang mendapat perhatian ramai ekoran aksinya di laman media Instagram yang sering di label pelik oleh para followernya.

Ada beberapa video Iqram Dinzly dilihat menari sakan sambil mendengar lagu.

Dari video nya itu, ramai menyatakan Iqram Dinzly mempunyai masalah sehingga ada yang menggelarnya 'tidak betul' kerana berkelakuan yang amat pelik.

Melalui satu video terbaru, Iqram Dinzly dilihat telah naik angin dan mengamuk teruk kerana dikecam oleh para followernya.

Pada mulanya, Iqram Dinzly sedang mendengar alunan bacaan berunsur Islamik sambil membuat suara 'humming'.

Di ruang komen, ramai menghentam Iqram Dinzly kerana berbuat demikian.

Ada yang mengeluarkan kata-kaat kesat kepada Iqram Dinzly dan ada juga yang menasihatinya supaya tidak mempermainkan agama.

Ini antara komen dari para penonton video itu:

"Agama kau jangan buat main sia.."
"Bebal betul budak ni.."
"Pehal bodoh.."
"Nama tuhan kau jangan main.."
"Dah kenapa..."
"Geram pula aku..."
"Oi jangan main agama.."
"Jangan la buat macam tu"

Setelah dikecam dengan teruk, secara tiba-tiba Iqram Dinzly tidak dapat menahan sabar lagi.

Pelakon ini dilihat naik angin dan memaki hamun mereka yang menonton video live nya itu dan hanya suka mencari salah Iqram.

Iqram Dinzly berkata kalau salah yang dia lakukan mereka  semua nampak tetapi jika salah sendiri semuanya tak nampak.

Ini video tersebut:


Iqram Dinzly yang kini berumur 36 tahun merupakan pelakon drama yang agak popular satu masa dulu.

Antara lakonannya ialah Janji Diana, Dunia Baru, Rempit VS Impak Maksima TV Series, La Dolce Amira, Asmaradana dan banyak lagi.

Iqram juga pernah berlakon beberapa filem seperti Evolusi KL Drift,  2 Hati 1 Jiwa dan juga ApokalipsX.

Pelakon ini dikatakan mula bersikap pelik ketika ayah tersayang mempunyai masalah kesihatan sehinggalah ayahnya meninggal dunia pada Oktober tahun ini.

Semoga Iqram Dinzly baik-baik sahaja.

Sumber: IG Iqram / BeritaMemey

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.