Semasa

Akui Tak Ada Undangan Sejak Masuk Politik, Adakah Aishah Akan Bertanding Di PRU14?

 
Penyanyi legenda, Aishah merupakan juara rancangan realiti Gegar Vaganza musim keempat beberapa minggu yang lalu.

Sejak menjuari pertandingan Gegar Vaganza ini, namanya mula kembali gah di dalam industri seni tanah air setelah selama ini seperti dilupakan.

Namun beberapa tahun lepas, penyanyi ini pernah menggemparkan industri setelah bertanding di pilihan raya.

Namun, Aishah telah tewas dalam pilihan raya terbabit.

Jadi persoalannya, adakah penyanyi ini akan kembali bertanding di dalam pilihan raya yang akan datang? Jom baca jawapan dari Aishah.

Ini komennya:

"Itu soalan cepu emas, saya pun tak tahu jawapan itu, kita tengok dulu. Saya sebenarnya tidak pernah sejak bergelar sebagai aktivis untuk menjadi ahli politik.

"Perumpamaannya adalah seperti ini, ke mana-mana sahaja saya pergi semua orang minta saya ke hadapan, walaupun saya lebih suka duduk dibelakang, dan begitulah... jadi, bagi saya sokong apa yang  dipandang dan lihat sendiri maka tak semestinya jadi ahli politik,"

Itulah kata-kata Aishah ketika dalam wawancara khas Live Facebook bersama Sinar Harian baru-baru ini. Bercerita lanjut mengenai dunia politik Aishah pada asalnya beliau sendiri tidak berminat untuk menceburi bidang politik.

Aishah yang baru bergelar Juara Gegar Vaganza Musim keempat baru-baru ini turut mendedahkan bahawa menyertai arena politik ada banyak liku dan cabarannya.

Dia berkata, sejak menjadi aktivis politik, beliau sudah tidak lagi menerima sebarangan undangan nyanyian.

Biarpun tidak mengetahui sama ada dia disenarai hitam atau tidak, namun perkara itu benar-benar berlaku kepadanya.

Ini pendedahan dari Aishah lagi:

"Misalnya selepas penyertaan saya ke dalam Pas, jemputan untuk menyanyi memang tak datang selepas itu. Memang saya tak nampak secara fizikal, tapi undangan tak ada,"


"Saya tak tau ia apa, tetapi memang tak ada lagi jemputan. Perkara ini saya tak nampak secara fizikal mengenai larangan itu.

"Nanti saya cakap, kata tak wujud pula perkara begitu. Tapi, memang saya tak terima undangan sejak daripada itulah (aktif politik)"

Aishah yang kini telah beralih arah kepada Amanah bagaimanapun berkata, nasibnya mula berubah selepas beliau memenangi GV4.

Ini komennya lagi:

"Saya tak pernah kata saya keluar politik. Kini saya sangat gembira apabila artis macam saya sebagai aktivis politik diberi peluang masih berada dalam kelompok seni dapat keluar TV.

"Itu adalah perjuangan saya, bagi saya kita boleh berkarier tanpa ideologi,  saya ada bakat jadi perlu diberi ruang untuk berkarya,"

Katanya, peluang dan ruang dengan menyertai Gegar Vaganza dipenuhi sebaiknya untuk terus berkarya.

"Saya sangat terharu kerana sudah ada medium yang boleh golongan artis seperti saya gunakan untuk kembangkan kerjaya"

Untuk pengetahuan semua, sebelum ini, Aishah menyertai parti politik Pas sejak PRU13 lalu dan pernah menjadi calon untuk bertanding di Parlimen Jempol.

Selepas mendapati Pas sudah tidak sama perjuangannya, Aishah kini telah bertukar ke parti Amanah.

Sumber: Sinar Harian

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.