Semasa

Cuba “Kacau” Iran. Ini Kata TEGAS Rusia Buat Amerika Kedu TAK SANGKA

Cuba “Kacau” Iran. Ini Kata TEGAS Rusia Buat Amerika Kedu TAK SANGKA | Saya Luv Islam – Baru-baru ni rusuhan berlaku di Iran yang menyaksikan 21 maut. Amerika mula nak “cucuk” jarum. Terkini Rusia beri kata tegas kepada Amerika. Terkedu sat. Jom baca dan kongsikan.

KATA TEGAS RUSIA

Russia memberi amaran kepada Washington supaya jangan masuk campur dalam hal ehwal dalaman Iran.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Presiden Donald Trump berjanji membantu rakyat Iran ‘mengambil semula’ kerajaan susulan bantahan di republik berkenaan.

Rumah Putih berkata, ia mempertimbangkan sekatan terhadap pihak yang terbabit menentang tunjuk perasaan itu, yang menyebabkan 21 maut dalam masa lima hari.

“Kami memberi amaran kepada AS supaya jangan masuk campur dalam urusan dalaman Iran.

“Walaupun banyak cubaan untuk mengelirukan apa yang berlaku di Iran, saya yakin jiran kami, rakan kami itu, akan dapat mengatasi kesukaran berkenaan,” kata Timbalan Menteri Luar Russia, Sergei Ryabkov, dalam temubual dengan agensi berita TASS.

AMERIKA PANGGIL SIDANG TERGEMPAR PBB

Beliau juga mengkritik desakan dibuat Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan untuk membincangkan perkara itu.

Iran, semalam menuduh AS masuk campur urusan dalaman negara itu.

Bantahan berhubung masalah ekonomi berlaku di bandar raya Mashhad pada 28 Disember lalu dan merebak pantas ke seluruh negara, menentang rejim itu secara keseluruhan.

TRUMP CUBA “PANASKAN” KEADAAN DI IRAN

Presiden Donald Trump mencampuri tunjuk perasaan di Iran semalam, memberi amaran rakyat negara itu mahukan perubahan dan ‘rejim penindas tidak akan bertahan selama-lamanya.’

Trump menyiarkan di Twitter dua klip ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) September lalu yang menyelar rejim Iran, yang ditonjolkan Washington sebagai musuh utamanya di Asia Barat.

“Rejim penindas tidak dapat bertahan selama-lamanya, dan hari akan tiba apabila rakyat Iran akan berhadapan pilihan.

“Dunia memerhati,” tweet beliau, memetik ucapannya.

Kenyataan Trump itu, kali kedua menonjolkan subjek itu dalam masa beberapa hari, dibuat ketika ratusan penunjuk perasaan antikerajaan bertempur dengan polis di Universiti Tehran, pada hari ketiga bantahan.

“Seluruh dunia faham rakyat Iran yang baik mahukan perubahan, dan selain tentera Amerika Syarikat, rakyat Iran paling ditakuti pemimpin mereka,” kata Trump, sekali lagi memetik ucapannya di PBB.

Sumber : Berita Harian

The post Cuba “Kacau” Iran. Ini Kata TEGAS Rusia Buat Amerika Kedu TAK SANGKA appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.