Semasa

Farid Kamil Akhirnya Kembali, Ini Update Pertama Dari Farid Kamil


Datuk Farid Kamil menjadi tumpuan ramai ekoran kes kelakuannya mengamuk di balai polis sehingga menampar polis.

Kini Farid Kamil telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 dan menunggu untuk dibicarakan pada bulan Mac nanti.

Selepas dibebaskan, pelakon dan pengarah popular ini dihantar ke pusat rawatan oleh adik beradiknya untuk memastikan Farid Kamil kembali pulih sepenuhnya.

Kata adiknya, Fadzil Zahari, apa yang penting ketika ini adalah kesihatan Farid Kamil.

Sejak ditahan polis, Farid Kamil langsung terputus hubungan dengan para followernya di laman Instagram.

Memang lama sudah lama Farid Kamil tidak memuat naik dan update di laman Instagram miliknya.

Namun semalam, buat pertama kalinya, Farid Kamil akhirnya memuatnaik foto terbaru.

Gambar pertama yang dimuatnaik ialah foto poster drama terkini lakonannya berjudul Lafazkan Kalimah Cintamu.

Drama bersiri ini sedang ditayangkan di saluran Astro yang menampilkan lakonan Farid Kamil dan juga Nelydia Senrose.

Ini tulis Farid Kamil:

"Now showing, Lafazkan Kalimah Cintamu.. Trending"

 Dalam masa kurang dari 24 jam, update terbaru ini telah menerima pelbagai respon.

Sehingga kini gambar ini menerimi 58 ribu likes dan menerima lebih dari seribu komen telah ditulis oleh para followernya.

Kebanyakkan follower menulis kata-kata semangat buat Datuk Farid Kamil yang kembali aktif di laamn Instagram.

Ada juga yang menulis tentang drama Lafazkan Kalimah Cintamu, yang mana, rata-rata peminat Farid Kamil amat menyukai jalan cerita drama terbabit.

Ini antara komen dari follower Farid Kamil:

"@wedokwedok31: Alhamdulilah. Farid kembali aktif di media sosial."

"@zurinahzue: Akhirnya Farid Kamil kembali di IG. Alhamdulilah, semoga segalanya akan dipermudahkan."

"@kishkaimani: Memang best cerita ini, ada sedih ada part lawak. Pandai betul Farid Kamil main watak ini sangat menjadi. All the best for you."

"@ms_tieya: Cerita terbaik, love Farid Kamil.. love Diana Danielle Semoga berjaya dunia dan akhirat.. amin"

"@mis_shalala: Alhamdulilah. FK mmmpunyai peminat yang sangat ramai yang menyayangi awak. Jaga diri. Semoga allah merahmati kamu Farid Kamil"

"@qld79: Amazing semua komen...ramai sayangkan Farid Kamil.. especially your bakat... semoga Tuhan sentiasa melindungi... dan sentiasa berada didalam rahmatNYA"

Ramai yang memberi sokongan yang tak terhingga kepada Farid Kamil.

Sumber: IG Farid Kamil

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.