Semasa

Kerana Satu Soalan, Cikgu Digari, Sekolah DITUTUP. Allahu.

Kerana Satu Soalan, Cikgu Digari, Sekolah DITUTUP. Allahu. | Saya Luv Islam – Dalam satu sesi dialog, seorang cikgu telah bertanya soalan yang buatkan dia terus digari. Dan tak lama kemudian sekolah tu ditutup. Allahu. Baca selanjutnya.

CIKGU DIGARI LEPAS TANYA SOALAN

Seorang guru ditahan polis selepas mempersoalkan layanan buruk yang diterima para guru dalam satu sesi dialog terbuka di sekolah Vermilion Parish, Abbeville, Amerika.

Dalam satu rakaman, Deyshia Hargrave dilihat akur menurut arahan pihak berkuasa tempatan yang menyuruhnya keluar dari bilik dialog.

Tidak lama kemudian, Hargrave menjerit dari luar bilik dan orang ramai mendapati pihak berkuasa menolak mangsa ke lantai dan menggarinya.

Mangsa kemudian ditahan di lokap dan dilepaskan atas arahan pendakwa raya.

SEKOLAH PULAK DITUTUP

Susulan itu rakaman kejadian yang tersebar, pelayar laman sosial seluruh dunia mengecam kejadian tersebut.

Lebih teruk, beberapa pelayar menghantar ugutan bunuh ke pihak pengurusan sekolah terbabit, menyebabkan sekolah berkenaan ditutup buat sementara waktu.

Laporan AP mengatakan beberapa wanita lain yang menyuarakan pendapat mereka dalam sesi dialog berkenaan juga dihalau ketika kejadian.

Kejadian tersebut menarik perhatian agensi hak orang awam, American Civil Liberties Union yang kini menyiasat kejadian tersebut.

“Kejadian mangsa dihalau dan kemudian ditahan langsung tidak boleh diterima, malah ia melibatkan hak-hak mangsa sebagai rakyat Amerika Syarikat,” kata organisasi berkenaan dalam satu emel.

Sumber: Sinar Harian

The post Kerana Satu Soalan, Cikgu Digari, Sekolah DITUTUP. Allahu. appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.