Semasa

Pembuat Topi Zaman Dulu Muka PUTIH Tapi Perangai PELIK. Doktor Dedah Puncanya MENGEJUTKAN

Pembuat Topi Zaman Dulu Muka PUTIH Tapi Perangai PELIK. Doktor Dedah Puncanya MENGEJUTKAN | Saya Luv Islam – Zaman dulu dunia pernah pening bila semua pembuat topi berwajah putih melepak tapi perangai pelik dan tak panjang umur. Boleh rujuk Mad Hatter dalam Alice in Wonderland. Zaman sekarang berlaku lagi bila ramai wanita dulu coklat tetapi tiba2 jadi putih. Akhirnya doktor dedahkan “sesuatu” yang mengejutkan. Jom baca dan kongsikan. Tulisan oleh Dr Nurilyani Bujang.

PENYAKIT MAD HATTER / PEMBUAT TOPI GILA

Mesti ramai yang menonton cerita Alice In Wonderland kan? Tapi anda tahukah asal usul nama Mad Hatter?

Pada zaman dahulu di England, ramai pembuat topi dianggap sewel oleh masyararakat. Muka mereka pun putih selepuk yang pucat. Emosinya tak stabil dan pasang surut. Terlalu ramai yang sewel sehingga timbul satu pepatah ‘as mad as hatter’ atau bahasa melayunya ‘ gila umpama si pembuat topi’.

Lama doktor doktor zaman itu mengkaji mengapa semua pembuat topi berperangai begitu dan mengalami simptom simptom yang sama.

PUNCA JADI PUTIH DAN PERANGAI PELIK

Setelah diteliti, mereka mereka mempunyai satu persamaan. MERCURY atau RAKSA!

Zaman itu, mercury digunakan dengan meluas dalam pembuatan topi sebagai bahan untuk melembutkan kulit dan bulu binatang supaya ianya boleh dibentuk dengan cantik menjadi topi.

Mereka tidak tahu kesan jangka panjang mercury ini sehinggalah pembuat pembuat topi ini mengalami perubahan perubahan dalam tubuh mereka.

SIMPTOM AKIBAT MERKURI

1. Kulit jadi putih melepak
2. Tidak boleh berfikir dengan waras
3. Emosi yang tidak stabil
4. Tekanan perasaan, pemalu yang melampau
5. Susah untuk berinteraksi dengan orang
6. Rosak buah pinggang
7. Rentak jantung yang tak normal

Merkuri ini kemudiannya tidak lagi digunakan dalam pembuatan topi. Ianya telah diharamkan.

Namun, zaman ni, Mad Hatter KEMBALI lagi.

MERKURI KEMBALI DALAM PRODUK KOSMETIK UNTUK PUTIH !!!

Sebab apa?

Sebab merkuri banyak terdapat dalam kosmetik sampah. Ianya digunakan dengan tak bertanggungjawab oleh founder founder produk yang nak cepat kaya.

Ada mereka peduli yang 10 tahun lagi kamu semua jadi macam Mad Hatter?

Nanti kamu cari doktor juga kan? Bukannya founder. Waktu itu dah terlambat. Mad Hatter Syndrome ni bukan sesuatu yang boleh dirawat dengan mudah.

Jadi, kenalah cerdik.

Jangan mudah tertipu.

Kalau tak percaya cakap saya, boleh la baca lanjut Mad Hatter Syndrome di carian internet anda.

By the way Johnny Depp tu membawa karekter Mad Hatter dengan sangat baik.

Tukang makeup Johnny Depp pun harus dipuji. Memang menjadi betul makeup putih selepuk tu.

Sumber : Saya Luv Islam via Dr Nurilyani Bujang

The post Pembuat Topi Zaman Dulu Muka PUTIH Tapi Perangai PELIK. Doktor Dedah Puncanya MENGEJUTKAN appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.