Semasa

Respon Datin Diana Danielle Tentang Apa Yang Berlaku Kepada Suaminya

 
Memang agak kecoh petang ini apabila pelakon dan pengarah popular Datuk Farid Kamil mengamuk di balai polis.

Ramai yang nak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada pelakon tersebut.

Isteri kepada Datuk Farid Kamil iaitu Datin Diana Danielle  telah memebri respon tentang isu yang melanda suaminya itu.

Buat masa ini, Diana Danielle telah meminta orang ramai dan pihak media untuk memberi mereka ruang untuk menyelesaikan perkara itu terlebih dahulu sebelum memberi sebarang kenyataan kepada media berhubung penahanan suaminya, Datuk Farid Kamil, petang tadi.

Ini komen Diana Danielle:

"Beri kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan memberi sebarang komen buat masa sekarang. Terima kasih"

Kemudiannya, ibu kepada Diana Danielle iaitu Norsiah Ramli, juga tidak mengetahui penahanan menantunya itu dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu.

Ini pula komen ibu Diana Danielle:

"Saya terkejut mengetahui berita ini. Saya baru dapat tahu selepas dimaklumkan oleh rakan media.

"Jadi saya tidak tahu dan tidak boleh nak komen lanjut. Ada baiknya hubungi keluarga Farid sendiri"

Dalam laporan media yang menajdi viral tengah hari tadi, Datuk Farid Kami didakwa telah menampar seorang anggota polis trafik di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Selain polis, Farid Kamil dikataakn turut menendang dua orang awam yang berada di sana.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilaporkan suspek berusia 37 tahun itu menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.

Ini kenyataan pihak polis:

"Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan whatsapp 300 artis hutang ah long."

"Dia kemudian tiba-tiba menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di lokasi kejadian tanpa provokasi,"

Ujian air kencing telah dijalankan ke atas pelakon itu untuk melihat sekiranya dia di bawah pengaruh  sebarang bahan terlarang.

Sehingga kini, Farid Kamil masih belum membuat  sebarang kenyataan.

Sumber: Harian Metro

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.