Semasa

Respon Hazami Apabila Che Ta Jadi Penyanyi

 
Hari ini, Rozita Che Wan ada bercerita tentang impiannya untuk menjadi seorang penyanyi.

Rozita Che Wan, 44 tahun yang lebih mesra disapa Che Ta, menyatakan dia meminta khidmat Hazami untuk merealisasikan impiannya menjadi penyanyi.

Che Ta sememangnya meminati hasil kerja dari Hazami, yang juga merupakan finalis pertandingan Gegar Vaganza musim keempat.

Sementara itu, Hazami yang dihubungi BH Online berharap impian Che Ta untuk menjadi penyanyi dapat ditunaikan olehnya.

Kata Hazami lagi, sebenarnya sudah lama pelakon jelita itu meminta beliau menghasilkan lagu untuk beberapa produk perniagaannya.

Cuma, projek itu tergendala apabila beliau menyertai program pertandingan realiti Gegar Vaganza musim keempat.

Ini komen dari Hazami:

"Pada pertemuan baru-baru ini, perkara itu dibincangkan semula dan nampaknya, Che Ta bersungguh-sungguh untuk menggunakan khidmat saya. Dari situ juga, saya cuba memancingnya untuk menyanyi pula.

Hazami mendedahkan, dia ada mendengar suara Rozita Che Wan, dan katanya suara pelakon berkenaan amat baik.

Ini pendedahan dari Hazami tentang suara Che Ta:

"Sebenarnya, teman saya yang juga pekerja Che Ta pernah merakamkan video dia menyanyi lagu tradisional secara rahsia. 

"Saya dapati, dia mempunyai alunan suara yang baik dan bukan jenis yang menjerit. Jadi, mungkin saya akan menghasilkan lagu berentak irama Malaysia dengan sentuhan moden untuknya. Mungkin juga kita boleh ajak suaminya, Zain, untuk menyanyi rap dalam lagu berkenaan.

"Saya harap, Che Ta dapat tunggu dulu hingga saya selesaikan kerja bersama Azharina dan Aishah," 

Memang ramai yang nak mendengar Rozita Che Wan menyanyi. Tak sangka rupanya ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini mempunyai bakat menyanyi yang terpendam.

Semoga berjaya Che Ta dan juga Hazami! -Berita Memey

Sumber: Berita Harian

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.