Semasa

"Saya Sayangkan Dia" - Luahan Adi Putra Setelah Berkahwin Semula Dengan Aida Yusof


Tahniah buat Datuk Adi Putra yang selamat bernikah semula dengan bekas isteri pertama, Aida Yusof pada 18 Januari yang lalu.

Ternyata Adi Putra mempunyai jodoh yang panjang dengan Aida Yusof setelah pasangan ini berpisah buat sementara sejak tahun lalu.

Dalam satu kenyataan kepada pihak media, Adi Putra menyatakan dia aamt menyayangi isterinya itu dan berkata perpisahan dan penceraian yang melanda ada hikmahnya.

Ini luahan hati dari Datuk Adi Putra:

"Saya masih sayangkan dia dan sepanjang masa berpisah, kami tidak pernah bergaduh atau berbalah.

"Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah dan pengajarannya. Alhamdulillah Allah telah membuktikan bahawa jodoh kami berdua sudah tertulis untuk sentiasa bersama"

"Kalau dah jodoh tidak ke mana.

"Kalau dah tertulis memang saya milik dia dan dia milik saya, memang kita tidak boleh lari (dari ketentuan Nya).

"Banyak pengajaran boleh diambil iktibar, kalau kita tidak melalui ujian mungkin kita tidak akan menimba ilmu"

"Terima kasih atas ucapan tahniah dan doa semua. Doakan perkahwinan ini kekal selamanya.

"Perkahwinan ini adalah kesinambungan hubungan kami 12 tahun lalu. Jadi saya percaya ini adalah jodoh dan ketentuan Allah SWT yang sudah ditetapkan untuk kami.

"Oleh itu, tidak ada apa yang perlu saya jelaskan mengenai keputusan mengahwini semula dengan Aida,"

"Siapalah saya untuk menindakkan semua ini. Saya yakin, Allah SWT mempunyai perancangan yang terbaik untuk setiap hambanya.
"Saya juga anggap ini peluang yang diberikan Allah SWT untuk kami perbaiki lagi hubungan yang pernah dilalui sebelum ini. Biarlah yang berlaku sebelum ini menjadi pengajaran bersama," 

Itulah komen dan luahan hati panjang lebar dari Datuk Adi Putra setelah disatukan semula dengan isteri pertamanya Aida Yusof pada hari Khamis yang lalu.

Untuk pengetahuan, Adi Putra dan Aida Yusof telah bernikah pada tahun 2006. Sepanjang perkahwinan, mereka jarang diselebungi sebarang kontroversi.

Namun, pada 11 Mei 2012, Adi Putra dikatakan mempunyai masalah rumah tangga dan pernah membuat permohonan cerai dengan Aida kerana didakwa sudah tiada persefahaman antara mereka.

Ketika itu, Adi pernah memberitahu media bahawa dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Bagaimanapun, sembilan hari selepas mendaftar permohonan untuk bercerai, pasangan itu mengambil keputusan untuk menarik semula permohonan setelah mereka berjaya menyelesaikan kemelut berkenaan ketika itu.

Pelakon itu kemudiannya mencetuskan kontroversi apabila bernikah kali kedua dengan Norshahida Dzolkifly pada 20 Jun 2016.

Kemudiannya, satu kejutan melanda apabila Adi Putra membuat kenyataan menerusi satu status laman Instagram pada 23 Mac tahun lalu, memberitahu dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua-dua isterinya.

Kini Adi Putra telah selamat disatukan semula dengan Aida yusof. Semoga perkahwinan kali ini berkekalan dan lebih bahagia hendaknya.

Adi Putra merupakan pelakon popular yang mula dikenali ramai setelah menjayakan watak Jai dalam filem KL Gangster, antara filem popular di Malaysia.

Kerjayanya mula menyerlah selepas itu, dan kemudian ada menjalankan perniagaan termasuk menguruskan Umrah. Pada tahun 2017, dia dikurniakan pangkat Datuk -BeritaMemey

Sumber: Kosmo / Rojak Daily / Astro Gempak

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.